Buku 3 · Untuk pemilik agensi kandungan, bisnes servis dan pasukan kecil
Brief Dah Masuk. Kerja Jangan Hilang Di Tengah Jalan.
Bina satu aliran daripada brief pelanggan → draf → semakan → status yang boleh dijejak. Satu proses dulu, sama-sama dengan Ari.
Dalam kit ni, anda jalankan satu perjalanan kerja Studio Satu atas komputer sendiri: terima brief, simpan draf bernombor versi, semak, rekod keputusan dan tengok status. Ulang brief yang sama? Jumlah kerja kekal satu.
Ni bukan sambungan terus ke WhatsApp, Google atau Meta. Ni bukan automasi yang jalan sendiri. Ni makmal tempatan dengan bahan rekaan — supaya anda faham ID, versi dan kelulusan, sebelum sambung apa-apa yang sebenar.
sekali bayar · Ebook, buku kerja, Excel, tip dan lab
Harga pelancaran. Naik ke bila pelancaran tamat.
- Ebook 36 halaman
- Buku kerja 20 halaman
- Excel 3 tab
- 18 tip
- Makmal tempatan
Ari Founder PathBuku 3
Sambungkankerja bisnesanda
Panduan praktikal untuk pemilik bisnes servis dan pasukan kecil.
Satu aliran. Versi jelas. Anda semak.
8 bab · Makmal tempatan
Buku kerja, Excel dan tip
4 Langkah Ringkas Dari Brief Kepada Status Yang Boleh Dijejak.
-
Dapatkan kit
Bayar sekali. Folder Google Drive anda (satu ZIP dan tiga PDF panduan) dikongsi kepada emel yang anda isi.
-
Hidupkan makmal setempat
Mula dengan MULA-DI-SINI.html. Satu arahan di Terminal, dan makmal berjalan di komputer anda dengan bahan rekaan.
-
Jalankan satu brief
Terima brief, simpan draf versi 1, minta revisi dan luluskan versi 2. Setiap langkah ada ID dan versi.
-
Eksport, rekod, cuba kegagalan
Isi Excel Papan Kerja Pelanggan, kemudian cuba satu sambungan putus yang terkawal dan laluan manual.
Brief Ada. Draf Ada. Tapi Siapa Semak, Dan Versi Mana?
- Pelanggan dah hantar brief, draf pun dah ada. Tapi anda masih buka beberapa tempat nak tahu siapa patut semak.
- Dua versi draf wujud. Yang mana satu sebenarnya dah diluluskan?
- Pelanggan tanya status. Anda kena baca semula perbualan untuk jawab.
- Sesuatu tersangkut di tengah jalan, dan anda tak pasti brief tu dah disimpan ke belum.
Masalahnya bukan tak ada alat. Masalahnya, hubungan antara langkah kerja tu belum jelas.
Kit ni ajar anda lukis perjalanan kerja, bezakan langkah tetap dengan langkah yang perlukan AI, dan jadikan ID, versi dan kelulusan sesuatu yang boleh diperiksa.
Empat benda yang anda tetapkan sebelum sambung apa-apa:
- ID kerja
- Versi draf
- Kelulusan
- Status
Punca sebenar
Alat dah ada, tapi langkah-langkahnya tak disambung dengan ID, versi dan kelulusan. Bila tu tak jelas, kerja jadi berganda, kelulusan lama dipakai pada draf baharu, dan status kena dicari dalam perbualan.
Empat Level. Satu Laluan, Satu Hasil Pada Satu Masa.
| Level | Hasil dan syarat lulus | Syarat masuk | Harga |
|---|---|---|---|
| Level 1 · MulaAri Mula | Satu draf daripada bahan yang jelas, semak fakta dan rekod keputusan.Lulus bila: anda ada draf yang padan dengan bahan asal, keputusan semakan dan satu rekod percubaan. | Tiada. Tak perlu coding. Anda perlukan satu aplikasi chat AI yang boleh terima teks, pembaca PDF dan aplikasi hamparan. | …Naik ke selepas pelancaran |
| Level 2 · TemanKit Agent | Bagi mandat kepada ejen untuk baca fail terpilih dan sediakan briefing bersumber.Lulus bila: briefing sebut sumber, tandakan tarikh yang bercanggah, dan tak hantar apa-apa kat pelanggan. | Tak perlu Buku 1. Komputer dan akaun dengan akses kepada alat ejen yang boleh baca folder (laluan utama: Codex), atau laluan ChatGPT Projects. | …Naik ke selepas pelancaran |
| Level 3 · SambungKit Workflow Anda di sini | Sambungkan brief, draf, semakan versi, keputusan dan eksport dalam satu aliran kerja setempat.Lulus bila: brief yang diulang tak gandakan kerja, dan keputusan terikat pada versi yang dah disemak. | Tak perlu buku lain. Komputer (Windows atau macOS), pelayar, Python 3 dan sanggup salin arahan Terminal. | …Naik ke selepas pelancaran |
| Level 4 · BinaKit App | Jalankan mini CRM dengan dua akaun latihan, ubah satu ciri dan buktikan data boleh dipulihkan.Lulus bila: akaun kedua tak boleh baca kerja akaun pertama, dan backup berjaya dipulihkan ke folder baharu. | Tak perlu buku lain. Komputer, pelayar, Python 3.11 atau lebih baharu dan sanggup salin arahan Terminal. | …Naik ke selepas pelancaran |
Setiap buku boleh guna sendiri. Mula pada Level yang paling dekat dengan kerja anda; ID, tarikh dan kelulusan tak pindah automatik antara buku.
Hasil Latihan Anda: Satu Brief Dengan ID, Draf Bernombor Versi, Keputusan Dan Status.
Anda jalankan satu brief Studio Satu dari mula sampai habis. Makmal ni sengaja uji empat perkara yang selalu rosak bila langkah disambung:
Ringkasan di hujung bermula daripada rekod — bukan daripada ingatan.
Brief sama dihantar dua kali. Jumlah kerja kekal satu. Kandungan berbeza dengan ID peristiwa yang sama — ditolak.
Revisi gugurkan kelulusan lama. Keputusan terhadap versi 1 tak meluluskan versi 2.
Tab lama ditolak. Tab yang masih pegang versi lama tak boleh luluskan versi baharu.
Sambungan putus. Butang ralat paparkan 503 tanpa ubah rekod — dan rekod kekal lepas makmal dimulakan semula.
Lima Langkah: Daripada Peta Kerja Kepada Ringkasan.
Setiap bab, latihan buku kerja dan baris Excel ikut urutan yang sama. Lepas latihan, anda boleh lukis peta untuk satu proses sebenar anda sendiri.
Anda mula dengan borang dalam pelayar. Templat n8n tu laluan kedua yang pilihan — untuk yang nak tengok langkah disambung secara visual.
Lukis lima kotak: Brief, Draf, Semakan, Status dan Ringkasan — dengan anak panah kembali untuk revisi.
Tetapkan ID kerja, versi dan satu rekod utama sebelum sambung apa-apa.
Terima brief dan simpan draf versi 1 dalam makmal.
Minta revisi, simpan versi 2 dan luluskan versi tu sahaja.
Eksport snapshot, isi Excel dan cuba satu kegagalan terkawal serta laluan manual.
Satu kerja yang boleh diikuti dari mula sampai akhir — dah cukup untuk latihan pertama.
Contoh Daripada Kit: Apa Yang Dihantar, Apa Yang Direkod.
Petikan daripada ebook dan satu eksport sebenar makmal (sesi penerbit). Bahan rekaan, bukan hasil anda.
Bentuk brief yang dihantar (ebook):
{
"id": "W-C01-001",
"client": "C01",
"brief": "Tulis kapsyen sarapan tanpa harga.",
"due": "2026-10-12"
}
Kit tambah event_id supaya permintaan berulang dikenali — dan tak gandakan kerja.
Jejak perubahan daripada satu sesi contoh:
W-C01-001 · Brief diterima
W-C01-001 · Draf versi 1 daripada R01
W-C01-001 · revisi v1 oleh Nadia: Pendekkan ayat terakhir.
W-C01-001 · Draf versi 2 daripada R01
W-C01-001 · lulus v2 oleh Nadia: Fakta sepadan dengan R01; ayat jelas.
Perhatikan: kelulusan terikat pada versi 2, ada nama penyemak dan sebab — dan tiada mesej dihantar kepada pelanggan.
Saya Nak Cuba Latihan Ni8 Bab Dan 4 Lampiran Dalam 36 Halaman.
Buku 3 sengaja ringkas: satu aliran, satu makmal. Nilai utamanya ialah latihan, buku kerja, Excel dan makmal yang disertakan — bukan jumlah halaman. Tengok pratonton di bawah untuk nilai sendiri.
- Hasil
- Satu brief dari masuk sampai lulus: ID, draf bernombor versi, keputusan terikat pada versi dan status yang boleh dijejak. Brief yang diulang tak gandakan kerja.
- Syarat masuk
- Tak perlu buku lain. Komputer (Windows atau macOS), pelayar, Python 3 dan sanggup salin arahan Terminal.
-
Bab 1. Lukis perjalanan kerja pelanggan
Lima kotak, nama bagi setiap keadaan dan tempat kerja terhenti.
-
Bab 2. Pilih langkah yang perlukan AI
Peraturan tetap, bantuan AI dan keputusan manusia pada peta yang sama.
-
Bab 3. Faham bahasa sambungan
API, JSON, webhook, OAuth, token dan MCP melalui satu contoh.
-
Bab 4. Susun rekod sebelum menyambung
ID kerja dan ID peristiwa, idempotency dan satu rekod utama.
-
Bab 5. Terima brief dan sediakan draf
Hidupkan makmal, hantar brief, simpan draf dan sambungkan nod n8n.
-
Bab 6. Kelulusan yang terikat pada versi
Revisi, kelulusan dan kenapa kelulusan lama ditolak.
-
Bab 7. Ringkasan daripada rekod
Snapshot, masa dan skop laporan, dan Excel untuk buat keputusan.
-
Bab 8. Apabila sambungan gagal
Kod 401, 403, 429 dan 503, retry, log dan laluan manual.
Lampiran: misi lengkap Studio Satu, kamus ringkas, keperluan dan kos, serta sumber bertarikh.
Apa Yang Berbeza Dalam Cara Ebook Ni Ajar?
-
Satu kerja dulu, bukan senarai alat
Setiap Level mula dengan satu kerja yang jelas. Anda tak perlu cuba semua tool yang muncul, dan tak perlu sistem besar.
-
Sumber yang boleh dijejak
AI diberi bahan yang anda pilih. Hasil yang bagus sebut dari mana maklumat datang, dan tandakan apa yang bercanggah.
-
Anda yang semak dan luluskan
Tak ada apa-apa dihantar kat pelanggan tanpa semakan anda. Setiap Level ada syarat lulus yang boleh anda periksa sendiri.
-
Makmal yang uji apa yang selalu rosak
Makmal setempat dengan bahan rekaan menguji brief berulang, kelulusan lama, tab lama dan sambungan putus — perkara yang selalu rosak bila langkah disambung.
Kit Ni Untuk Anda Kalau…
- Anda urus brief, draf dan kelulusan untuk beberapa pelanggan — dan versi serta status berselerak.
- Anda dah cuba chatbot, tapi masih kena cari sendiri siapa semak dan versi mana yang diluluskan.
- Anda nak faham ID, versi dan idempotency melalui latihan — bukan teori.
- Anda sanggup guna komputer dan Terminal untuk salin dan jalankan arahan.
Tapi kit ni mungkin bukan untuk anda kalau…
- Anda nak sambungan siap ke WhatsApp, Google, Meta atau Threads.
- Anda cari automasi yang hantar atau terbit sendiri tanpa semakan.
- Anda tak nak langsung sentuh Terminal.
Kit ni untuk faham dan uji satu aliran kerja dengan selamat — sebelum anda sambungkan kepada kerja sebenar.
Kata Pembeli Sebenar.
Ulasan di bawah ditulis oleh pembeli sebenar yang membenarkan kami memaparkannya.
Apa Yang Anda Terima: Satu ZIP, Semua Termasuk.
Ebook Sambungkan Kerja Bisnes Anda
36 halaman, 8 bab dan 4 lampiran tentang cara lukis aliran kerja, pilih langkah yang perlukan AI, bagi ID dan versi, jalankan kelulusan dan pulihkan bila sambungan gagal.
-
Termasuk
Buku kerja: Peta Kerja Pelanggan
20 halaman dengan 72 kotak isian. Lukis proses, sediakan brief, rekod semakan dan rancang pemulihan. Boleh dicetak.
-
Termasuk
Excel: Papan Kerja Pelanggan
Tiga tab untuk sehingga 200 kerja. Lihat rekod tak lengkap, kerja lewat dan kelulusan yang sepadan dengan versi. Contoh rekaan diasingkan daripada rekod anda.
-
Termasuk
18 tip: Bila Sambungan Putus
9 halaman tentang ID berganda, versi lama, token, had penggunaan dan cara kembali kepada proses manual.
Termasuk
Makmal Studio Satu (dalam ZIP kit)
Program Python tempatan dengan pangkalan data SQLite dan halaman pelayar, dua templat n8n, arahan draf yang boleh disalin dan eksport sebenar satu sesi. Tiada panggilan AI langsung dan tiada data pelanggan sebenar.
MULA-DI-SINI.html buka ini dahulu PANDUAN-LENGKAP.md panduan penuh PROMPT-DRAF.txt arahan draf yang boleh disalin CONTOH-HASIL-LAB.json eksport satu sesi contoh NOTA-UJIAN.md apa yang diuji dan batasnya Makmal-Workflow/ server tempatan, halaman, templat n8n
Semua ini ada dalam ZIP kit dalam satu folder Google Drive, bersama tiga PDF panduan: Mula di sini, Jaminan Nilai Pertama dan Lesen dan bantuan.
Dapatkan kit lengkap pada harga
Ya, Saya Nak Sambungkan Kerja SayaProduk digital · Satu ZIP dan tiga PDF panduan · Akses Google Drive selepas bayaran disahkan
Semak Alat Dan Kos Dulu. Dan Apa Yang Belum Kami Uji.
| Perkara | Kos | Untuk apa |
|---|---|---|
| Kit Workflow: ebook, buku kerja, Excel, tip dan makmal | … sekali bayar | Satu ZIP dan tiga PDF panduan dalam folder Google Drive. |
| Komputer (Windows atau macOS), pelayar dan Python 3 | Tanggungan anda | Menghidupkan makmal setempat dengan satu arahan Terminal. |
| Node.js 24.x dan n8n tempatan | Pilihan | Laluan kedua untuk tengok langkah disambung secara visual. Perlukan internet semasa pemasangan. |
| Alat AI berbayar, VPS atau API | Tidak perlu untuk latihan | Makmal teras tak buat panggilan API berbayar. Draf contoh disediakan. |
-
Apa yang anda perlukan
Komputer (Windows atau macOS), pelayar dan Python 3. Telefon sesuai untuk baca PDF sahaja. Laluan n8n yang pilihan tambah Node.js 24.x dan n8n tempatan — perlukan internet semasa pemasangan.
-
Kos yang bukan dalam harga ni
Makmal teras tak buat panggilan API berbayar dan tiada VPS diperlukan. Komputer, internet dan masa tu tanggungan anda. Kalau anda hasilkan draf dengan alat AI sendiri, langganan tu dibayar kepada penyedia — tak termasuk.
-
Batas makmal
Makmal untuk seorang pengguna pada komputer sendiri (127.0.0.1), tanpa login. Nama penyemak ialah simulasi peranan. Ia tak sambung ke WhatsApp, Google, Meta atau Threads — dan tak hantar atau terbit apa-apa.
-
Tarikh semakan
Rujukan teknikal (n8n, MCP, Google OAuth) kami semak pada 10 Oktober 2026. n8n nyatakan pemasangan npm tak disarankan mulai versi 3.0 — jadi arahan kit tetapkan versi 2.42.6 untuk ulang latihan.
-
Apa yang telah kami uji
Makmal dijalankan dengan permintaan HTTP sebenar (16 kes) dan dua templat n8n diuji pada n8n 2.42.6 dengan Node.js 24.19.0 pada macOS. Formula Excel diuji dengan 13 keadaan input dan empat kes dikira semula dalam LibreOffice. Makmal pelayar turut dijalankan pada satu komputer Windows 11.
-
Apa yang belum kami uji
Laluan n8n pada Windows, n8n Cloud, Microsoft Excel, semua pembaca PDF dan telefon fizikal. Tiada kajian pembaca atau testimoni. Ulang semakan pada komputer anda sendiri.
Pilih Level Anda. Atau Ambil Semua Empat.
Harga pelancaran tamat dalam
00hari 00jam 00min 00saat
0 daripada 0 slot harga pelancaran berbaki
-
Level 3 · Sambung
Kit Workflow
… sekali bayar
Naik ke selepas pelancaran
- Ebook 36 halaman, 8 bab dan 4 lampiran
- Buku kerja Peta Kerja Pelanggan (20 halaman)
- Excel Papan Kerja Pelanggan (3 tab)
- 18 tip Bila Sambungan Putus
- Makmal tempatan dan templat n8n
- Satu ZIP dan tiga PDF panduan
-
Paling berbaloi
Level 1 hingga 4
Pakej Lengkap
… sekali bayar
Naik ke selepas pelancaran
- 4 ebook, 266 halaman
- 12 bahan tambahan: buku kerja, Excel dan tip bagi setiap buku
- 3 makmal Studio Satu
- Satu ZIP Pakej Lengkap dan tiga PDF panduan
- Setiap buku boleh guna sendiri
Jumlah harga keempat-empat Level satu-satu ialah …. Itu jumlah harga individu, bukan harga asal yang pernah dicaj.
Jaminan Nilai Pertama 30 Hari
Belum dapat satu hasil berguna? Beritahu kami.
E-mel kami dalam 30 hari selepas anda dapat akses kepada fail. Jawab tiga soalan ringkas dan cuba satu langkah yang kita setuju bersama. Kalau masih tak ada hasil berguna lepas cubaan tu, amaun pesanan tu dipulangkan.
Anda tak perlu habiskan semua bahan atau sertai kumpulan Telegram. Sekadar terima balasan daripada kami tak dikira anda dah dapat nilai. Hak undang-undang anda yang terpakai kekal.
Di Mana Buku Ni Dalam Siri Ari Founder Path.
-
Buku 1 · Mula
Ari Mula
Satu tugas lengkap dengan bahan, arahan dan semakan. Lihat Buku 1.
-
Buku 2 · Teman
Kit Agent
Ejen yang baca bahan terpilih dan sediakan briefing. Lihat Buku 2.
-
Buku 3 · Sambung
Kit Workflow
Anda sedang tengok buku ni: sambungkan brief, draf, semakan dan status.
-
Buku 4 · Bina
Kit App
Mini CRM kecil yang boleh dijaga. Lihat Buku 4.
Latihan utama Buku 3 disertakan lengkap dalam kit ni — jadi anda tak perlu beli buku lain untuk menjalankannya. Kami tak ambil pra-tempahan untuk buku yang belum dibuka. Atau lihat Pakej Lengkap.
Masih Fikir-Fikir? Ini Soalan Yang Mungkin Anda Tengah Tanya.
Betul ke harga naik lepas pelancaran?
Betul. Harga pelancaran tamat pada masa yang tertera di halaman ni, atau bila slot pesanan pertama habis, mana lebih awal. Selepas itu pelayan terus caj harga biasa, jadi harga yang anda nampak sebelum bayar ialah harga yang dicaj. Harga yang anda dah bayar tak berubah selepas pembelian.
Kenapa ebook ni 36 halaman sahaja?
Sebab Buku 3 sengaja ringkas: satu aliran, satu makmal. Nilai utamanya pada latihan, buku kerja, Excel dan makmal — bukan tebal halaman. Tengok pratonton di atas, nilai sendiri.
Saya kena pandai coding?
Tak perlu tulis program. Anda cuma perlu taip satu arahan di Terminal untuk hidupkan makmal dan baca hasilnya. Laluan n8n tambah beberapa arahan pemasangan je.
Adakah ini terus menyambung WhatsApp, Google atau Meta?
Tak. Makmal guna API tempatan dan templat n8n. OAuth, webhook awam dan connector vendor diterangkan sebagai langkah seterusnya — dengan ujian dan izin berasingan.
Adakah draf ditulis oleh AI?
Draf contoh disediakan, bukan hasil panggilan AI. Anda boleh tampal draf daripada alat AI sendiri guna arahan yang disertakan. Langganan alat tu berasingan.
Adakah Excel bersambung dengan makmal?
Tak. Anda kemas kini Excel secara manual guna rekod atau eksport CSV. Templat tiada macro atau sambungan luar.
Perlu beli alat AI baharu?
Tak perlu untuk latihan contoh. Makmal sediakan draf rekaan.
Boleh guna terus pada data pelanggan sebenar?
Tak. Makmal untuk bahan rekaan sahaja — seorang pengguna pada komputer sendiri, tanpa login.
Macam mana saya akan terima kit selepas bayar?
Lepas pembayaran disahkan, halaman seterusnya tunjuk pautan folder Google Drive anda, dan kami beri akses secara automatik ke emel yang anda isi semasa membeli — jadi guna emel akaun Google anda. Dalam folder ada satu ZIP (ebook, buku kerja, Excel, tip dan makmal) dan tiga PDF panduan. Simpan pautan halaman tu — sebab boleh buka semula.
Ada sokongan, coaching atau refund?
Ada Jaminan Nilai Pertama 30 Hari, dan bantuan melalui e-mel, kumpulan Telegram dan halaman Facebook (pautan ada di halaman selepas bayaran). Coaching, pemasangan tersuai dan sokongan tanpa had tak termasuk. Butiran penuh di halaman terma.
Mulakan Dengan Satu Aliran Yang Boleh Anda Semak.
Anda tak perlu sistem besar atau banyak alat untuk faham macam mana kerja bergerak dari brief ke keputusan. Anda perlu satu aliran kecil, ID yang konsisten dan kesanggupan menyemak.
Selepas satu aliran, anda boleh tunjuk satu brief dari masuk sampai lulus — dengan ID, versi dan keputusan yang boleh diperiksa.
Atau status masih terselit dalam chat, dan anda masih tak pasti draf versi mana yang diluluskan.
Laluan dah ada. Tinggal anda pilih Level untuk mula.
— Ebook, buku kerja, Excel, tip dan lab
Ya, Saya Nak Sambungkan Kerja SayaSatu aliran. Versi jelas. Anda semak.
* Hasil latihan di atas ialah tujuan pembelajaran dengan bahan rekaan, bukan jaminan jualan naik, masa jimat atau kos staf turun, dan makmal ni tak sambung ke WhatsApp, Google atau Meta. Hasil sebenar bergantung pada komputer, bahan dan semakan anda.



