Buku 2 · Untuk pemilik agensi, bisnes servis dan pasukan kecil
Dah Guna ChatGPT. Tapi Brief Pelanggan, Semakan Dan Laporan Still Anda Urus Satu-Satu?
Bina ejen AI pertama anda: satu tugas kecil, bahan yang anda pilih, mandat yang jelas, dan hasil yang anda semak sendiri.
Dalam kit ni, anda berlatih dengan Studio Satu — sebuah agensi rekaan. Ejen baca tiga fail, asingkan setiap pelanggan, sebut sumber, dan tandakan apa yang belum pasti. Anda yang buat keputusan.
Ni bukan sistem yang urus bisnes anda sendiri. Ni latihan terhad, mod baca sahaja, dengan bahan rekaan — supaya anda faham cara bagi mandat dan semak, sebelum sentuh data pelanggan sebenar.
sekali bayar · Ebook, buku kerja, Excel, tip dan lab
Harga pelancaran. Naik ke bila pelancaran tamat.
- Ebook 38 halaman
- Buku kerja 20 halaman
- Excel 5 tab
- 18 tip
- Lab Studio Satu
Ari Founder PathBuku 2
Bina ejen AIpertamaanda
Panduan praktikal untuk pemilik bisnes servis dan pasukan kecil.
Satu tugas. Sumber jelas. Anda semak.
8 bab · Lab Studio Satu
Buku kerja, Excel dan tip
4 Langkah Ringkas Ke Briefing Pertama Yang Boleh Anda Semak.
-
Dapatkan kit
Bayar sekali. Folder Google Drive anda (satu ZIP dan tiga PDF panduan) dikongsi kepada emel yang anda isi.
-
Buka lab Studio Satu
Mula dengan MULA-DI-SINI.html. Bahan rekaan, mod baca sahaja, tiada data pelanggan sebenar.
-
Tulis mandat, semak briefing
Tetapkan tugas, bahan, izin dan bila patut berhenti. Semak setiap fakta sampai ke sumbernya.
-
Rekod dan ulang
Isi Excel Jejak Ejen dan Kos. Lepas latihan, ulang dengan tugas anda sendiri dan bahan yang anda sanggup kongsi dengan penyedia alat.
Brief Ada. Draf Ada. Tapi Keputusan Dekat Mana?
- Pelanggan pertama hantar brief kempen. Tarikh draf 12 Oktober dalam permintaan, 13 Oktober dalam nota mesyuarat.
- Pelanggan kedua ada enam draf. Dua lulus, empat menunggu semakan. Siapa nak semak, bila?
- Pelanggan ketiga hantar cadangan RM500. Dah diterima ke belum? Jangan kira lagi sebagai jualan.
- Anda buka AI, terangkan semuanya dari awal, salin jawapan ke tempat lain. Esok ulang lagi.
Masalahnya bukan AI tak pandai menulis. Masalahnya, AI tak tahu: bahan mana nak dibaca, apa yang dibenarkan, dan bila patut berhenti dan tanya.
Sebab tu kit ni ajar anda tulis mandat — macam kad kerja untuk pembantu anda — dan semak setiap fakta sampai ke sumbernya.
Empat benda yang anda tetapkan sebelum ejen mula:
- Tugas
- Bahan
- Izin
- Bila berhenti
Punca sebenar
Chat biasa tak ada mandat. Tanpa mandat, anda terangkan semula dari awal setiap kali, AI tak tahu bahan mana nak dibaca, dan susah nak jejak fakta mana datang dari fail mana. Satu mandat yang jelas, dan semakan sampai ke sumber, jawab ketiga-tiganya.
Empat Level. Satu Laluan, Satu Hasil Pada Satu Masa.
| Level | Hasil dan syarat lulus | Syarat masuk | Harga |
|---|---|---|---|
| Level 1 · MulaAri Mula | Satu draf daripada bahan yang jelas, semak fakta dan rekod keputusan.Lulus bila: anda ada draf yang padan dengan bahan asal, keputusan semakan dan satu rekod percubaan. | Tiada. Tak perlu coding. Anda perlukan satu aplikasi chat AI yang boleh terima teks, pembaca PDF dan aplikasi hamparan. | …Naik ke selepas pelancaran |
| Level 2 · TemanKit Agent Anda di sini | Bagi mandat kepada ejen untuk baca fail terpilih dan sediakan briefing bersumber.Lulus bila: briefing sebut sumber, tandakan tarikh yang bercanggah, dan tak hantar apa-apa kat pelanggan. | Tak perlu Buku 1. Komputer dan akaun dengan akses kepada alat ejen yang boleh baca folder (laluan utama: Codex), atau laluan ChatGPT Projects. | …Naik ke selepas pelancaran |
| Level 3 · SambungKit Workflow | Sambungkan brief, draf, semakan versi, keputusan dan eksport dalam satu aliran kerja setempat.Lulus bila: brief yang diulang tak gandakan kerja, dan keputusan terikat pada versi yang dah disemak. | Tak perlu buku lain. Komputer (Windows atau macOS), pelayar, Python 3 dan sanggup salin arahan Terminal. | …Naik ke selepas pelancaran |
| Level 4 · BinaKit App | Jalankan mini CRM dengan dua akaun latihan, ubah satu ciri dan buktikan data boleh dipulihkan.Lulus bila: akaun kedua tak boleh baca kerja akaun pertama, dan backup berjaya dipulihkan ke folder baharu. | Tak perlu buku lain. Komputer, pelayar, Python 3.11 atau lebih baharu dan sanggup salin arahan Terminal. | …Naik ke selepas pelancaran |
Setiap buku boleh guna sendiri. Mula pada Level yang paling dekat dengan kerja anda; ID, tarikh dan kelulusan tak pindah automatik antara buku.
Hasil Latihan Anda: Satu Briefing. Tiga Pelanggan. Sumber Yang Boleh Dijejak.
Anda bagi ejen satu mandat dan tiga fail rekaan. Ejen sediakan briefing. Anda semak. Lab ni sengaja letak empat perangkap untuk uji sama ada briefing tu boleh dipercayai.
Ada juga dua kes tambahan untuk diulang: fail nota dibuang, dan harga seorang pelanggan diubah.
Dua tarikh bercanggah. Ejen yang bagus tunjuk kedua-duanya dan tandakan PERLU SEMAK — bukan pilih satu.
Cadangan yang belum diterima. RM500 tu bukan hasil jualan. Jumlahkan RM1,950 sebagai “hasil diterima” = jawapan yang salah.
Arahan terselit dalam nota. Satu ayat cuba suruh ejen buka email dan hantar fail. Itu data, bukan arahan.
Fail hilang. Ejen mesti berhenti dan bagitahu — bukan reka dari ingatan.
Lima Langkah: Daripada Mandat Kepada Rekod.
Setiap bab, latihan buku kerja dan baris Excel ikut urutan yang sama — jadi anda boleh ulang dengan tugas sendiri lepas selesai latihan.
Anda mula dengan bahasa biasa. Terminal tu cuma satu pilihan lanjutan untuk yang dah biasa.
Tulis mandat: tugas, bahan, izin, batas, format hasil dan bila patut berhenti.
Susun bahan: satu pelanggan satu ID, dan hanya fail yang perlu.
Jalankan ejen dalam mod baca sahaja, pada folder latihan.
Semak setiap fakta sampai ke sumbernya. Simpan jawapan asal.
Rekod keputusan, masa dan kos dalam Excel — termasuk percubaan yang gagal.
Ejen yang berguna ialah ejen yang anda tahu cara guna, semak dan hentikan.
Contoh Daripada Kit: Apa Yang Mandat Minta, Apa Yang Briefing Tunjuk.
Petikan daripada ebook dan lab. Ni contoh yang dipendekkan — bukan janji alat akan hasilkan ayat yang sama.
Daripada mandat:
“Izin: baca dua fail tersebut sahaja. Jangan akses web, apps, email, cloud, folder lain atau rekod sebenar.”
“Jangan reka tarikh, harga, pemilik atau kelulusan. Konflik dan fakta tiada mesti ditandakan PERLU SEMAK.”
Contoh ringkas hasil yang boleh diterima:
C01: Draf mempunyai dua tarikh, 12 dan 13 Oktober. PERLU SEMAK. Sumber: 03-NOTA.md, N01 dan N02.
C03: Cadangan RM500 belum diterima; tarikh mula belum ada. Sumber: 02-PELANGGAN.csv, C03; 03-NOTA.md, N04.
CADANGAN: Nadia mendapatkan pengesahan tarikh C01. Cadangan belum dilaksanakan.
MENUNGGU SEMAKAN MANUSIA.
Perhatikan: setiap fakta ada nama fail dan ID, yang belum pasti ditandakan, dan cadangan tak dibuat seolah-olah dah dilaksanakan.
Saya Nak Cuba Latihan Ni8 Bab Dan 4 Lampiran Dalam 38 Halaman.
Buku 2 sengaja ringkas: satu tugas, satu lab. Nilai utamanya ialah latihan, buku kerja, Excel dan lab yang disertakan — bukan jumlah halaman. Tengok pratonton di bawah untuk nilai sendiri.
- Hasil
- Satu briefing bersumber daripada tiga fail rekaan: sumber disebut, tarikh yang bercanggah ditandakan dan tiada apa dihantar kepada pelanggan.
- Syarat masuk
- Tak perlu Buku 1. Komputer dan akaun dengan akses kepada alat ejen yang boleh baca folder (laluan utama: Codex), atau laluan ChatGPT Projects.
-
Bab 1. Pilih satu kerja untuk pembantu anda
Empat soalan pemilihan, dan kenapa versi kecil yang selesai lebih baik.
-
Bab 2. Faham apa yang membuatnya ejen
Chat, workflow dan ejen melalui satu contoh. Autonomi, memori dan rutin.
-
Bab 3. Sediakan ruang kerja yang mudah dijaga
Persediaan Codex dalam mod baca sahaja, dan laluan ChatGPT Projects kalau akses tempatan belum sesuai.
-
Bab 4. Tulis mandat yang boleh diikuti
Templat mandat yang boleh disalin. Membaca, mencadangkan dan melaksanakan ialah tiga jenis kuasa.
-
Bab 5. Susun bahan supaya pelanggan tak bercampur
ID pelanggan dan nota, pilih bahan yang cukup dan tangani percanggahan.
-
Bab 6. Jalankan ejen pertama anda
Semak briefing baris demi baris, bagi pembetulan yang spesifik dan faham batas bukti.
-
Bab 7. Bentuk rutin dan tangani kegagalan
Fail hilang, fakta berubah, arahan asing, dan bila patut berhenti.
-
Bab 8. Ukur kegunaan dan kos
Percubaan lawan hasil diterima, kos tetap, kos penggunaan dan masa. Pelan tujuh sesi.
Lampiran: bahan Studio Satu, arahan tambahan yang boleh disalin, glosari dan sumber rasmi.
Apa Yang Berbeza Dalam Cara Ebook Ni Ajar?
-
Satu kerja dulu, bukan senarai alat
Setiap Level mula dengan satu kerja yang jelas. Anda tak perlu cuba semua tool yang muncul, dan tak perlu sistem besar.
-
Sumber yang boleh dijejak
AI diberi bahan yang anda pilih. Hasil yang bagus sebut dari mana maklumat datang, dan tandakan apa yang bercanggah.
-
Anda yang semak dan luluskan
Tak ada apa-apa dihantar kat pelanggan tanpa semakan anda. Setiap Level ada syarat lulus yang boleh anda periksa sendiri.
-
Lab yang boleh anda jalankan
Lab Studio Satu guna bahan rekaan dalam mod baca sahaja, dengan empat perangkap sengaja dipasang untuk uji sama ada briefing boleh dipercayai.
Kit Ni Untuk Anda Kalau…
- Anda urus beberapa pelanggan atau projek, dan nota serta status berselerak.
- Anda dah guna ChatGPT atau alat AI lain, tapi setiap kali kena terangkan semula dari awal.
- Anda nak belajar bagi AI satu tugas yang boleh disemak — bukan tugas yang terlalu luas.
- Anda sanggup baca hasil, semak sumber dan buat keputusan sendiri.
Tapi kit ni mungkin bukan untuk anda kalau…
- Anda cari ejen yang jalankan syarikat sendiri atau hantar mesej kat pelanggan tanpa semakan.
- Anda nak jaminan masa jimat, jualan naik atau staf berkurang dengan angka tertentu.
- Anda nak sambungan MCP, Google, Meta atau VPS yang dah siap. Konsepnya diterangkan, tapi ia bukan sebahagian daripada lab.
Kit ni untuk belajar bagi mandat dan semak hasil ejen dengan selamat — sebelum anda sambungkan kepada kerja sebenar.
Kata Pembeli Sebenar.
Ulasan di bawah ditulis oleh pembeli sebenar yang membenarkan kami memaparkannya.
Apa Yang Anda Terima: Satu ZIP, Semua Termasuk.
Ebook Bina Ejen AI Pertama Anda
38 halaman, 8 bab dan 4 lampiran tentang cara pilih tugas, tulis mandat, susun bahan, semak briefing dan ukur kos.
-
Termasuk
Buku kerja: Mandat Ejen Saya
20 halaman dengan 69 kotak isian. Tulis mandat, jalankan empat latihan dan simpan keputusan penyemak. Boleh dicetak.
-
Termasuk
Excel: Jejak Ejen dan Kos
Lima tab untuk 200 percubaan dan 20 kos tetap. Kiraan merangkumi percubaan gagal, kos tetap dan hasil yang diterima. Contoh rekaan diasingkan daripada rekod anda.
-
Termasuk
18 tip: Bila Ejen Tersasar
9 halaman untuk masalah fail, fakta, akses dan kos. Pilih satu pembaikan dan cuba semula.
Termasuk
Lab Studio Satu (dalam ZIP kit)
Mandat, senarai pelanggan dan nota kerja rekaan, arahan mula yang boleh disalin, hasil asal satu run, dan dua kes tambahan untuk diulang. Tiada data pelanggan sebenar.
MULA-DI-SINI.html buka ini dahulu PANDUAN-LENGKAP.md panduan penuh PROMPT-MULA.txt arahan yang boleh disalin CONTOH-HASIL-LAB.md hasil asal satu run NOTA-UJIAN.md apa yang diuji dan batasnya Studio-Satu/ mandat, pelanggan, nota Kes-Tambahan/ fail nota hilang, harga berubah
Semua ini ada dalam ZIP kit dalam satu folder Google Drive, bersama tiga PDF panduan: Mula di sini, Jaminan Nilai Pertama dan Lesen dan bantuan.
Dapatkan kit lengkap pada harga
Ya, Saya Nak Bina Ejen Pertama SayaProduk digital · Satu ZIP dan tiga PDF panduan · Akses Google Drive selepas bayaran disahkan
Semak Alat Dan Kos Dulu. Dan Apa Yang Belum Kami Uji.
| Perkara | Kos | Untuk apa |
|---|---|---|
| Kit Agent: ebook, buku kerja, Excel, tip dan lab | … sekali bayar | Satu ZIP dan tiga PDF panduan dalam folder Google Drive. |
| Alat ejen yang boleh baca folder (laluan utama: Codex) | Dibayar kepada penyedia. Pelan, had dan harga boleh berubah. | Menjalankan lab. Semak akses akaun anda dahulu. |
| VPS, kunci API, server atau data pelanggan sebenar | Tidak perlu | Lab asas guna bahan rekaan dalam mod baca sahaja. |
| Komputer, internet dan masa | Tanggungan anda | Latihan dan pelan tujuh sesi. |
-
Apa yang anda perlukan
Komputer, sambungan internet dan akaun yang ada akses kepada alat ejen yang boleh baca folder tempatan. Laluan utama kit ialah Codex, melalui aplikasi desktop ChatGPT atau Codex CLI (terminal, untuk yang dah biasa).
-
Kos yang bukan dalam harga ni
Langganan atau penggunaan alat AI dibayar kepada penyedia — bukan kepada kami. Pelan, had dan harga boleh berubah, jadi semak akses akaun anda dan halaman rasmi OpenAI tentang Codex dan pelan ChatGPT sebelum beli. Tiada VPS, kunci API, server atau data pelanggan sebenar diperlukan.
-
Kalau belum ada akses ejen tempatan
Ebook ada laluan ChatGPT Projects. Ia ajar mandat, bahan dan semakan — tapi tak membuktikan ejen baca folder tempatan atau berjalan automatik.
-
Tarikh semakan
Rujukan rasmi dalam ebook kami semak pada 10 Oktober 2026. Nama menu, akses pelan dan had penggunaan boleh berubah — jadi ikut pautan rasmi untuk label terkini.
-
Apa yang telah kami uji
Lab dijalankan dengan Codex CLI pada macOS, mod baca sahaja: kes asas, fail nota hilang dan harga berubah. PDF dirender dan diperiksa. Formula Excel diuji dan empat kes dikira semula dalam LibreOffice.
-
Apa yang belum kami uji
Windows, Microsoft Excel, semua pembaca PDF dan telefon fizikal. Tiada kajian pembaca atau testimoni. Ulang semakan pada akaun dan bahan anda sendiri sebelum guna untuk kerja sebenar.
Pilih Level Anda. Atau Ambil Semua Empat.
Harga pelancaran tamat dalam
00hari 00jam 00min 00saat
0 daripada 0 slot harga pelancaran berbaki
-
Level 2 · Teman
Kit Agent
… sekali bayar
Naik ke selepas pelancaran
- Ebook 38 halaman, 8 bab dan 4 lampiran
- Buku kerja Mandat Ejen Saya (20 halaman)
- Excel Jejak Ejen dan Kos (5 tab)
- 18 tip Bila Ejen Tersasar
- Lab Studio Satu
- Satu ZIP dan tiga PDF panduan
-
Paling berbaloi
Level 1 hingga 4
Pakej Lengkap
… sekali bayar
Naik ke selepas pelancaran
- 4 ebook, 266 halaman
- 12 bahan tambahan: buku kerja, Excel dan tip bagi setiap buku
- 3 makmal Studio Satu
- Satu ZIP Pakej Lengkap dan tiga PDF panduan
- Setiap buku boleh guna sendiri
Jumlah harga keempat-empat Level satu-satu ialah …. Itu jumlah harga individu, bukan harga asal yang pernah dicaj.
Jaminan Nilai Pertama 30 Hari
Belum dapat satu hasil berguna? Beritahu kami.
E-mel kami dalam 30 hari selepas anda dapat akses kepada fail. Jawab tiga soalan ringkas dan cuba satu langkah yang kita setuju bersama. Kalau masih tak ada hasil berguna lepas cubaan tu, amaun pesanan tu dipulangkan.
Anda tak perlu habiskan semua bahan atau sertai kumpulan Telegram. Sekadar terima balasan daripada kami tak dikira anda dah dapat nilai. Hak undang-undang anda yang terpakai kekal.
Di Mana Buku Ni Dalam Siri Ari Founder Path.
-
Buku 1 · Mula
Ari Mula
Satu tugas lengkap dengan bahan, arahan dan semakan. Lihat Buku 1.
-
Buku 2 · Teman
Kit Agent
Anda sedang tengok buku ni: ejen yang baca bahan terpilih dan sediakan briefing.
-
Buku 3 · Sambung
Kit Workflow
Sambungkan brief, draf, semakan dan status. Lihat Buku 3.
-
Buku 4 · Bina
Kit App
Mini CRM kecil yang boleh dijaga. Lihat Buku 4.
Anda tak perlu beli Buku 1 dulu: semua bahan untuk latihan utama Buku 2 ada dalam kit ni. Kami tak ambil pra-tempahan untuk buku yang belum dibuka. Atau lihat Pakej Lengkap.
Masih Fikir-Fikir? Ini Soalan Yang Mungkin Anda Tengah Tanya.
Betul ke harga naik lepas pelancaran?
Betul. Harga pelancaran tamat pada masa yang tertera di halaman ni, atau bila slot pesanan pertama habis, mana lebih awal. Selepas itu pelayan terus caj harga biasa, jadi harga yang anda nampak sebelum bayar ialah harga yang dicaj. Harga yang anda dah bayar tak berubah selepas pembelian.
Kenapa ebook ni 38 halaman sahaja?
Sebab Buku 2 ni sengaja buat ringkas: satu tugas, satu lab. Nilai dia bukan pada tebal halaman — tapi pada latihan, buku kerja, Excel dan lab yang disertakan. Tengok pratonton di atas, nilai sendiri sama ada gaya dan kedalaman dia ngam dengan anda.
Saya kena pandai coding?
Untuk latihan utama — tak perlu. Anda cuma perlu tahu buka folder, copy teks dan baca hasil. Pilihan terminal tu disediakan untuk yang dah biasa je.
Perlu beli VPS atau API?
Tak perlu untuk lab asas. Guna je akaun yang anda dah ada akses kepada alat pilihan anda — dan semak had penggunaannya. Langganan atau caj penyedia tu berasingan daripada kit ni.
Adakah ejen ni hantar mesej sendiri?
Tak. Latihan ni baca fail dan sediakan briefing dalam chat je. Anda yang mula tugas dan semak hasil. Hantar mesej, tulis rekod dan jadualkan sesuatu tu perlukan aturan dan izin lain — ebook ni terangkan, tapi tak dilatih dalam lab.
Adakah saya dapat ejen yang jalankan syarikat sendiri?
Tak. Anda dapat bahan untuk belajar satu tugas yang terhad dan semak hasilnya. Ni bukan sistem syarikat autonomi, bukan juga perkhidmatan yang urus bisnes untuk anda.
Boleh guna terus pada data pelanggan sebenar?
Start dengan bahan rekaan dulu. Sebab model awan still hantar bahan yang diproses kepada penyedia — walaupun fail asal ada dalam komputer anda. Ebook ni tak minta akses email, akaun pelanggan, nombor telefon atau kunci API. So, jangan bagi.
Perlu ada Buku 1 dulu?
Tak perlu. Semua bahan untuk latihan utama ada dalam Kit Agent. Buku 1 membantu kalau anda masih baru dengan arahan chat AI.
Akaun ChatGPT percuma cukup?
Kami tak boleh jamin. Bergantung pada akses akaun anda kepada alat ejen, dan had semasa yang ditetapkan oleh penyedia — yang boleh berubah bila-bila. Semak akaun anda sebelum beli.
Macam mana saya akan terima kit selepas bayar?
Lepas pembayaran disahkan, halaman seterusnya tunjuk pautan folder Google Drive anda, dan kami beri akses secara automatik ke emel yang anda isi semasa membeli — jadi guna emel akaun Google anda. Dalam folder ada satu ZIP (ebook, buku kerja, Excel, tip dan lab) dan tiga PDF panduan. Simpan pautan halaman tu — sebab boleh buka semula.
Ada sokongan, coaching atau refund?
Ada Jaminan Nilai Pertama 30 Hari, dan bantuan melalui e-mel, kumpulan Telegram dan halaman Facebook (pautan ada di halaman selepas bayaran). Coaching, pemasangan tersuai dan sokongan tanpa had tak termasuk. Butiran penuh ada di halaman terma.
Mulakan Dengan Satu Tugas Yang Boleh Anda Semak.
Anda tak perlu sistem besar atau bajet software mahal untuk belajar bagi AI mandat yang jelas. Anda perlu satu tugas kecil, bahan yang betul dan kesanggupan menyemak.
Selepas satu lab, anda tahu cara bagi ejen mandat yang jelas, semak setiap fakta sampai ke sumbernya dan hentikan ejen bila ia tersasar.
Atau anda masih terangkan semula dari awal setiap kali, dan salin jawapan ke tempat lain.
Laluan dah ada. Tinggal anda pilih Level untuk mula.
— Ebook, buku kerja, Excel, tip dan lab
Ya, Saya Nak Bina Ejen Pertama SayaSatu tugas. Sumber jelas. Anda semak.
* Hasil latihan di atas ialah tujuan pembelajaran dengan bahan rekaan, bukan jaminan jualan naik, masa jimat atau kos staf turun, dan kit ni bukan sistem yang urus bisnes anda. Hasil sebenar bergantung pada alat, bahan dan semakan anda.



