Dengan Ari.com

Terma, privasi dan pulangan

Dikemas kini 13 Oktober 2026

Produk

Laman ini menjual produk digital siri Ari Founder Path. Satu pesanan boleh mengandungi satu produk, atau beberapa ebook yang dipilih bersama dalam satu pembayaran. Setiap produk dihantar sebagai folder Google Drive yang mengandungi fail ebook, buku kerja, Excel, tip dan bahan lab (terus dalam folder, atau dalam satu fail ZIP), bersama PDF panduan pembeli Jaminan Nilai Pertama serta Lesen dan bantuan. Jika anda memilih beberapa ebook, harga ialah jumlah harga setiap ebook, kecuali apabila keempat-empat dipilih, yang dijual sebagai Pakej Lengkap pada harga pakej. Tiada produk fizikal dihantar.

Tidak semua produk dibuka untuk dibeli serentak. Hanya produk yang menunjukkan harga dan butang pembayaran pada halamannya sedang dijual.

Harga yang dipaparkan semasa anda membuat pesanan ialah harga yang dicaj. Harga pelancaran, jika ada, tamat pada masa atau bilangan pesanan yang dipaparkan pada halaman produk, mana lebih awal; selepas itu harga biasa yang dipaparkan berkuat kuasa. Harga yang sudah anda bayar tidak berubah.

Pembayaran dan penghantaran

Jaminan Nilai Pertama 30 Hari

Bahagian ini mengikut panduan pembeli JAMINAN-NILAI-PERTAMA.pdf (edisi pembeli 1.2, 12 Oktober 2026) yang ada dalam folder anda, kecuali tempohnya: tempoh 30 hari di halaman ini menggantikan tempoh 14 hari dalam panduan itu sehingga panduan itu dikemas kini. Polisi ini terpakai pada pesanan yang memaparkan syarat ini sebelum pembayaran, dan terpakai pada setiap produk yang dibeli di laman ini. Versi yang dipaparkan pada pesanan anda menentukan syarat pembelian; polisi pesanan sedia ada tidak diperketatkan secara retroaktif.

Belum mendapat satu hasil berguna daripada pembelian Ari? Hubungi kami melalui e-mel dalam 30 hari kalendar daripada akses pertama yang berjaya kepada fail pesanan anda. Melalui Q&A e-mel, kami bantu anda memilih satu hasil yang relevan dan mencuba satu langkah berpandu. Jika anda masih belum mendapat hasil berguna selepas cubaan itu, kami pulangkan amaun pembelian berkenaan.

Anda tidak perlu menghabiskan semua buku, mengisi semua workbook atau menghadiri panggilan. Kumpulan Telegram bukan syarat membuat tuntutan.

Dua syarat utama

  1. Beritahu keadaan anda dan sertai satu pusingan bantuan melalui e-mel. Lapor dalam 30 hari kalendar daripada akses pertama yang berjaya kepada fail pesanan. Berikan nombor pesanan (nombor bil Billplz), buku yang dipilih, tugas yang mahu dilakukan dan perkara yang masih belum membantu. Jawab tiga soalan ringkas di bawah supaya cadangan sesuai dengan keadaan anda.
  2. Cuba satu langkah yang dipersetujui dan beritahu hasilnya. Kami memberi satu cadangan latihan dalam skop buku yang dibeli, menggunakan alat yang dinyatakan sebelum pembelian. Selepas mencuba, jelaskan secara ringkas sama ada hasil itu boleh digunakan dan apa yang masih tidak membantu. Jika masih tiada hasil berguna, refund diluluskan. Tiada pusingan latihan tambahan diwajibkan untuk melayakkan tuntutan.

Jika fail hilang, tidak diterima atau tidak boleh dibuka sehingga latihan mustahil, laporkan masalah akses. Kami membaiki akses atau memproses remedi yang sesuai tanpa memaksa latihan atau Q&A nilai terlebih dahulu.

Tiga soalan ringkas

Kami mencadangkan hasil yang konkrit dan dipersetujui bersama, sepadan dengan buku, tujuan dan prasyarat yang diterangkan sebelum pembelian. Menerima jawapan kami, membuka fail, mengetahui satu istilah atau menyertai Telegram tidak secara automatik dianggap anda telah mendapat nilai. Jika tiada latihan dalam skop yang munasabah untuk membantu keadaan yang anda dedahkan, refund diluluskan tanpa mencipta tugasan tambahan.

Tempoh bantuan

Keputusan dan amaun

Batas yang jelas

Bantuan

Penggunaan kandungan

Produk disediakan untuk kegunaan anda dan pasukan dalam perniagaan anda. Lesen meliputi individu atau satu organisasi yang membeli, termasuk stafnya bagi kegunaan dalaman; ia tidak meliputi organisasi pelanggan atau syarikat lain. Jangan menjual semula, menerbitkan semula atau mengedarkan fail ini, atau berkongsi pautan folder atau salinan pakej, kepada orang yang tidak diliputi lesen. Hasil kerja asli yang anda bina boleh digunakan dalam bisnes atau diserahkan kepada pelanggan. Nama, watak, ilustrasi dan identiti Ari kekal bahan jenama penerbit. Butiran penuh ada dalam LESEN-DAN-BANTUAN.pdf dalam folder anda.

Penafian

Ebook, buku kerja, Excel dan lab ialah bahan pembelajaran. Ia tidak menjanjikan hasil bisnes tertentu, dan nama, cerita, harga dan angka latihan di dalamnya ialah rekaan. Ia bukan nasihat undang-undang, kewangan, percukaian atau profesional lain.

Ciri aplikasi AI, pelan akaun dan had penggunaan ditetapkan oleh penyedia dan boleh berubah; semak sumber rasmi alat yang anda gunakan. Kos akaun dan penggunaan alat AI tidak termasuk dalam harga produk.

Kit Agent diuji oleh kami dengan Codex CLI pada macOS. Makmal Kit Workflow dan Kit App diuji oleh kami pada macOS dengan Python; makmal pelayar Kit Workflow turut dijalankan pada satu komputer Windows 11. Windows (selain itu), laluan n8n pada Windows, Microsoft Excel, semua pembaca PDF dan telefon fizikal belum diuji, dan tiada kajian pembaca dibuat. Makmal berjalan pada komputer anda sahaja dan bukan untuk data pelanggan sebenar atau dibuka ke internet. Ulang semakan pada akaun dan bahan anda sendiri sebelum menggunakannya untuk kerja sebenar.

Privasi

Hubungi: